Monday, January 10, 2011

Tahun Baru di TRM

Macam-macam cara orang meraikan kedatangan tahun Baru. Ada yang berpesta,makan-makan dan macam-macam acara di perkenalkan dari masa kesemasa.

Bagi Warga TRM,kedatangan Tahun baru Masehi dan Hijrah pada kali ini telah diraikan secara serentak iaitu pada 1 Hb.januari 2011 bersamaan 26 Muharram 1432. Majlis yang bermula dengan siri ceramah agama disebelah malamnya telah diteruskan dengan kerja gotong royong menyediakan bubur asura dikeesokkan harinya.

Inilah suasana kemeriahan majlis tersebut yang disertai oleh segenap lapisan warga TRM.





Warga TRM bekerjasama menyediakan bubur asura untuk diagih-agihkan kepada seluruh warga TRM. Inilah hasil sumbangan derma ikhlas dari rakan-rakan dan warga TRM yang dermawan.Jazakallahukahairon kita ucapkan kepada mereka-mereka tersebut.












Semoga semangat bekerjasama ini akan berterusan dalam menghidupkan suasana kehidupan yang makmur dan harmoni.

No comments:

Post a Comment