Sunday, April 10, 2016

Perkhidmatan Penghataran kerumah Untuk Warga TRM

Untung orang TRM kini. Anda tidak perlu bersusah payah lagi keluar rumah untuk mendapatkan barangan keperluan anda.

Dail sahaja No.ini 013 - 435 1802 InsyaAllah anda boleh mendapatkan bekalan

1. Ayam kampong siap proses

2. Telor Ayam Kampong

3. Arnab

4.Dan Perkhidmatan Bekam


Kepada yang berminat dan memerlukannya....Jom dapatkan perkhidmatan ini yang dijamin status halal dan kebersihannya serta memudahkan urusan seharian anda.

" Permudahkan urusan hidup  kita InsyaAllah bahagia menanti kita "

Sunday, January 11, 2015

TRM FUN RIDE CLUB

Ahli TRM RIDE CLUB sedia untuk berkayuh
2015 baru saja tiba. Tahniah dan syabas kepada mereka yang berjaya menubuhkan kelab ini. kelab ini yang dianggotai Otai-Otai dari TRM ini mula bergerak aktif dan mengadakan siri kayuhannya di sekitar daerah ini.
Kini mereka sedang giat berlatih untuk menyertai Program kayuhan Taqwa Masjid Sultanah Bahiyah pada 31 Januari nanti.

Aktivit berbasikal ini sememangnya baik dan bermanafaat. Ianya dikatakan baik untuk kesihatan dan boleh memberi anda tahap kecergasan yang tinggi.

Ayuh, apa tunggu lagi. Jom kita beli basikal dan join TRM Fun Ride Club dengan menghubungi Hj.Abdullah @ Cikgu Lah
Hj.Abdullah@Cikgu Lah

Ceramah Maulidur Rasul Oleh Dato Ust.Hj.Fadhil Awang di TRM

Dato Hj.Fadhil Awang
Dato Fadhil Awang mengajak semua masyarakat TRM agar bersyukur keHadrat Allah SWT yang menganugerahkan iman dan Islam kepada kita semua.

Beliau menyeru demikian dalam ceramahnya semepena Bulan Maulidur Rasul di Surau TRM pada 12 Januari 2015 semalam.

"Kita selaku umat Islam sepatutnya merasa bangga dan bertuah kerana terpilih sebagai Hamba Allah dan pengikut kepada Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW."

Semua umat Islam  di dunia ini katanya lagi adalah sebenarnya DUTA kepada Kerajaan Langit dan Bumi milik Allah. Selaku Duta, sudah barang tentu kita semua perlu mempunyai akhlak yang mulia dan terbaik serta sesempurnanya bagi menunjukkan kepada umum terutama mereka yang bukan Islam bahawa Islam Agama Allah itu begitu sempurna dan indah.

Akhirnya beliau berharap semua kita akan dapat meningkatkan lagi iman dan ibadah dalam mentaati segala perintah Allah dan mengikut cara sunnah Nabi Besar Muhammad SAW.

InsyaAllah hanya dengan ini baru kehidupan kita semua akan beroleh kejayaan, keselamaatan, keamanan, keberkatan dan segala kebaikan anugerah Allah SWT.

Ingatlah, kejayaan seluruh manusia dunia dan akhirat sebenarnya hanyalah dalam agama. Wallahua'lam



Saturday, November 22, 2014

Kuliah Dhuha Ust Husam

Ahamdulillah Sabtu 22 Nov.2014 seperti biasa Kuliah Dhuha bersama Ustaz Husam Dato Baduruddin berjalan seperti yang dijadualkan iaitu pada setiap minggu ke-4 setiap bulan.

Kuliah yang diadakan di Surau TRM bermula jam 0900 - 1100 pagi ini khusus mempelajari Syarah Mukhtashar Shahih At-Tirmidzi dalam Kitab bahru Al-Madzi.

Bual bicara dimeja batu sambil menanti ketibaan Ust.Husam
Antara tetamu Allah
Alhamdulillah, ada juga hidangan disediakan...........


Sehingga jumpa lagi dibulan hadapan, InsyaAllah semoga semua dirahmati dan diberkati Allah serta mendapat manafaat dari Ilmu yang dipelajari hari ini. Wallahua'lam.
Itu antara kata-kata penutup Pengerusi Badanamal TRM Tn.Hj.Md.Suhaimi.












 
 

Wednesday, October 22, 2014

Sambutan Eidul Adha 1435 di TRM

Alhmadulillah selesai sudah bulan Haji tahun ini dan seperti sediakala, warga TRM akan menyambutnya dengan penuh bermakna beserta ibadah Qurban dari warga TRM. Tahun ini 2ekor lembu dikorbankan dan InsyaAllah diharap lebih ramai lagi warga TRM terutama ahli Badanamal akan turut terlibatdengan ibadah Qurban ini untuk tahun-tahun kehadapan.
Imam Solat Sunat Hari Raya sedang menerangkan cara solat sunat hariraya.....kot2 ada yg tak ingat...

Bersalaman diantara sesama warga TRM selepas selesai solat sunat hari raya

Sempat bergaya tuuuuuu

Bergaya disamping kain rentang majlis ibadah qurban


Sehingga jumpa lagi tahun depan InsyaAllah semoga Allah menerima segala amalan kita serta diperkuatkan iman dan taqwa kepada Allah Yang Maha Besar Maha Berkuasa.

Thursday, September 25, 2014

Kuliah Dhuha bersama Ustaz Husam Dato Badaruddin

Alhamdulilah, Kuliah Dhuha bersama Ustaz Husam Dato Badaruddin kembali semula di:
SURAU TAMAN RAKYAT MERGONG, SEBERANG JALAN PUTRA ,
 ALOR SETAR,  KEDAH.

Datanglah untuk  mendapat sedikit panduan dan pengetahuan bagi membolehkan kita menjalani kehidupan yang diredhai Allah. InsyaAllah.

TARIKH : 27 September (SABTU)

JAM   :  830pagi.

Sunday, July 27, 2014

Eidul Fitri di Taman Rakyat Mergong

Surau TRM penuh sesak tuuuuu

Ada duit raya keeeee

Bersalam-salaman sesama Warga TRM

Tediaaa sekali sekala terjumpa tuuuu

Barakallahu Feek kp penyumbang kp tabung surau

Alhamdulillah, pemurahnya Warga TRM.....

Lepas solat raya, ada jamuan lagi tuuu

Dok citer apa tuuuuu, makan,makan.....

Alhamdulillah, banyaknya makanan,....semua ada maaa

Sambil makan sambil bercerita.......

bergosip keee tuuuuu.....

ketupat, rendang, mee, bihun semua ada......

segak-segak orang muda TRM......

Kaum wanita juga tak ketinggalan......

"nanti masuk facebook nooo,"......

sempat bergaya tuuuuu.....

Orang KL pun balik mai beraya sini maaaa
Itulah cerita Warga TRM berhari raya setiap tahun disini. Insyaallah semua ini boleh membangkitkan semangat setiakawan dan perpaduan ummah dikalangan masyarakat yang sudah hampir 25 Tahun berkampong disini.

Jom kita pakat-pakat p beraya rumah jiran2 pulak......