Warga TRM semalam Alhamdulillah dapat bersolat magrib berimamkan Ustaz Hj.Muhammad Hj.Musa Al-Hafiz dari dari Maahad Tahfiz Yayasan Al-Huffaz. Beliau adalah Pengetua Maahad dan pernah menjadi Johan Tahfiz Al-Quran peringkat kebangsaan 2001.
Ustaz Muhammad dalam kuliahnya menekankan betapa pentingnya kita semua mendalami ilmu al-Quran dan memahami isi kandungan dalam kehidupan kita.
Alhamdilillah sambutan dari kalangan warga TRM dalam program-tetap di surau ini kian meningkat terutama didalam program kuliah dhuha, kuliah subuh dan kuliah magrib.
Tahniah kepada Jawatankuasa Pentadbir Pertubuhan Amal Penduduk Islam TRM Fasa 1&2 diatas kesungguhan mereka mempergiatkan usaha ini. InsyaAllah niat untuk menjadikan TRM sebagai Pusat Penyebaran Ilmu dunia dan akhirat bagi penduduk sekitar kawasan ini akan tercapai sekira semua pehak berganding bahu dan bekerjasama kearah mencapai matlamat ini.
Jom kita semua pakat-pakat bantu dan sertai setiap aktiviti badanamal ini.
"Kalau tak join kira tak cun laaa".
No comments:
Post a Comment