
Berita dari Abdullah bin Umar r.a.mengatakan, bahawa Rasulullah saw bersabda:"Solat berjama'ah lebih utama dari solat sendiri-sendiri dua puluh tujuh darjat."
Alhamdulillah di Surau TRM, setiap lima waktu solat berjama'ah dapat disempurnakan dan majlis-majlis pengajian ilmu juga diadakan pada hari Selasa selepas solat magrib dan tazkirah subuh pada setiap Jumaat selepas solat subuh.