Tn.Hj Suhaimi selaku pengerusi Badan Amal ini menyatakan Insyaallah akan selalu diadakan majlis-majlis dan jamuan sebegini bagi mengeratkan silaturrahim dikalangan penduduk setempat disamping memakmurkan lagi kegiatan Agama di Surau TRM ini.
Sempena bulan Rejab dan dengan ketibaan bulan Shaaban dan Ramadhan tidak lama lagi, YBhg.Dato Fadzil Hj.Awang telah sudi menyampaikan kuliah Maghrib kali ini bertajuk kebaikan Bulan rejab dan Shaaban dalam kehidupan Ummah.
Beliau merasa bangga dan berbesar hati kerana sambutan penduduk TRM terhadap majlis-majlis ilmu yang diadakan disini mendapat sambutan dan amat menggalakkan. Beliau mengajak semua yang hazir dan seluruh penduduk Islam semua di kawasan perumahan ini agar dapat melapangkan sedikit waktu untuk menimba dan mengikuti majlis ilmu demi menjamin kekuatan ummah umat Islam sejagat.