Thursday, December 23, 2010

Lagi gambar-gambar majlis perkahwinan di TRM 2010







Insayallah banyak lagi peristiwa-peristiwa penting yang berlaku dalam komuniti TRM ini akan dipaparkan untuk tatapan semua warga TRM.Akhirkata Selamat menyambut Tahun baru 2011 dari Pengelola Blog.

Majlis perkahwinan anak perempuan Pengerusi Badan Amal TRM

Pada 19 Disember 2010,Pengerusi Badan Amal TRM Hj.Md.Suhaimi telah mengadakan majlis perkahwinan anak perempuan beliau Amalina Shazwani. Amalina yang kini bertuga sebagai tenaga pengajar di salah sebuah Politeknik di negeri perak telah selamat diijabkabulkan dengan Mohamad Najib yang katanya dari Bukit mertajam.

Dibawah ini ada beberapa keping gambar sekitar persiapan majlis tersebut yang berjalan dengan lancar dengan kerjasama semua warga TRM. Semoga kerjasama ini diteruskan bagi mengekalkan suasana harmoni dan keselesaan kehidupan kita semua dalam kommuniti penduduk TRM.

Hj.Suhaimi dan keluarga memilih tema warna putih dan pink semasa perjalanan majlis ini bagi membangkitkan suasana romantik dan bersih.
Hj.Suhaimi dan Isteri nampak anggun sekali pada hari majlis tersebut.






Cantik sekali perhiasan Khemah dan susunatur majlis tersebut seolah-olah diadakan di Dewan Besar.

Monday, December 13, 2010

Walimatul Urus anak perempuan Hj.Hatta

Sabtu 11 Disember 2010 baru-baru ini berlangsung sekali lagi Majlis Walimatul urus anak perempuan Tn.Hj Hatta hj.Ali dan Hajah Laila Ahmad yg tinggal di no.275 Lorong Putih TRM.

Majlis berlangsung dengan meriah sekali dan anak perempuan Tn.Hj.hatta iaitu siti Nurhayati telah selamat dinikahkan dengan pasangannya Mohd Hanashan Daud yang katanya berasal dari banting Selangor.

Bagi pehak warga TRM,saya mengucapkan selamat Pengantin Baru dan mendoakan agar kedua pasangan pengantin ini diberikan kebaikkan oleh Allah swt.

Dan ini ada beberapa keping gambar sekitar berlangsungnya majlis tersebut.




Friday, December 3, 2010

Majlis Akad Nikah anak perempuan Sdr Abdul Rahim Majid

Surau TRM dimeriahkan sekali lagi pada malam ini dengan upacara akad nikah pasangan pengatin Raihana bte Abd Rahim dengan pasangannya Azmir bin Othman.

Raihana seorang guru yang bertugas di Pulau Langkawi adalah anak kepada warga TRM Sdr Abdul Rahim Majid dan Puan Latipah Abdul Hamid yg menetap di rumah no 300 lorong Putih 3/1.

Tahniah kepada kepada Sdr Abdul Rahim dan keluarga dan kita semua berdoa kepada pengantin baru agar mereka berdua diberi kebaikkan oleh Allah Swt.dunia dan akhirat. Esok jom kita pakat-pakat p makan kenduri. Selamat Pengantin Baru.

Ini beberapa keping gambar sekitar majlis akad nikah tersebut yang dijalankan di Surau TRM dan akad nikah tersebut disempurnakan sendiri oleh Sdr.Abdul Rahim iaitu bapa kepada pengantin perempuan.