Monday, January 10, 2011

Nilai hartanah TRM melonjak naik.....................

Pembukaan Komplek Perdagangan Tunku Haminah di kawasan perumahan Taman Rakyat Mergong dijangka akan melonjakkan lagi nilai pasaran harga rumah sekitar kawasan ini.

Kawasan perumahan TRM sememangnya menjadi tumpuan utama para penyewa dan pembeli kerana terdapatnya pelbagai kemudahan seperti bank,sekolah,pasaraya dan lokasinya yang agak strategik serta kedudukkannya yang hampir dengan Pusat bandaraya iaitu hanya 3.5km sahaja.





Adalah dipahamkan,pemilik-pemilik kedai di Komplek Tunku Haminah telah pun menerima kunci masing-masing dan mereka menjangkakan akan memulakan operasi perniagaan bermula bula February akan datang.

Tahun Baru di TRM

Macam-macam cara orang meraikan kedatangan tahun Baru. Ada yang berpesta,makan-makan dan macam-macam acara di perkenalkan dari masa kesemasa.

Bagi Warga TRM,kedatangan Tahun baru Masehi dan Hijrah pada kali ini telah diraikan secara serentak iaitu pada 1 Hb.januari 2011 bersamaan 26 Muharram 1432. Majlis yang bermula dengan siri ceramah agama disebelah malamnya telah diteruskan dengan kerja gotong royong menyediakan bubur asura dikeesokkan harinya.

Inilah suasana kemeriahan majlis tersebut yang disertai oleh segenap lapisan warga TRM.





Warga TRM bekerjasama menyediakan bubur asura untuk diagih-agihkan kepada seluruh warga TRM. Inilah hasil sumbangan derma ikhlas dari rakan-rakan dan warga TRM yang dermawan.Jazakallahukahairon kita ucapkan kepada mereka-mereka tersebut.












Semoga semangat bekerjasama ini akan berterusan dalam menghidupkan suasana kehidupan yang makmur dan harmoni.

Sunday, January 9, 2011