Thursday, June 30, 2011

11 Jamaah Tabligh Singapura di TRM


Surau TRM bertuah menyambut kedatangan 11 jamaah tabligh dari Singapura. Kesempatan ini diambil oleh warga TRM untuk berkenalmesra dengan ahli jamaah ini sambil bercerita mengenai keadaan perkembangan agama dam masyarakat masing-masing.

Maklumlah kita di utara ini jarang berkunjung dan berpeluang untuk berkenalan dengan rakyat Negara Singapura terutamanya yang beragama Islam.

Sempena ketibaan musim durian sekarang ini, mereka disajikan pulut durian bersama warga TRM di surau selepas solat Isyak semalam.

Monday, June 20, 2011

Punca banjir kilat


heeeiiii patutlaaaa air hujan melimpah......

Rumah cantik, jalan cantik, tapi longkang di hadapan dan belakang rumah, masyaallah teruk sekali. inilah punca berlakunya banjir kilat bila ada hujan lebat.

Apalah salahnya kita sama-sama meluangkan sedikit masa untuk membersihkan longkang ini.

Bukan saja ianya nampak bersih malah turut mengindahkan lagi pemandangan mata kawasan persekitaran rumah kita yang tersergam indah itu.Ingat bersih itu separuh dari iman dan ia juga melambangkan keperibadian seseorang itu, kerana manusia selalunya menilai seseorang itu melalui mata dan apa yang dilihatnya.

Tiada guna mempunyai rumah yang tersergam indah kalau dikelilingi oleh persekitaran yang buruk dan busuk.