Thursday, July 28, 2011

Jamuan silaturrahim sempena kedatangan Ramadhan

Alhamdulillah,Badanamal TRM dengan kerjasama penderma-penderma yang budiman telah berjaya menganjurkan jamuan ini selepas solat Isyak malam tadi. Dibawah ini dirakamkan beberapa keping gambar sekitar majlis berkenaan.







Majlis diadakan selepas solat Isyak dan sebelum itu bacaan Tahlil juga telah diadakan.

Saturday, July 23, 2011

Jamuan silaturrahim sempena kedatangan Ramadhan


Sempena kedatangan Ramadhan 1432 Badanamal TRM akan mengadakan satu majlis jamuan makan silaturrahim pada 28 Julai (Khamis)selepas solat Isyak di Surau TRM.

Semua warga TRM adalah dijemput beramai-ramai hazir pada majlis yang akan diadakan ini. Majlis ini diadakan bertujuan untuk mengeratkan lagi tali persahabatan diantara kita penduduk-penduduk khususnya yang beragama Islam disamping dapat berkenalmesra sesama kita.

Sumbangan ikhlas dari penderma dan sesiapa sahaja yang ingin turut menyumbang bagi menjayakan majlis ini adalah digalakkan. Mereka bolehlah berhubung terus dengan barisan AJK Badanamal, Imam Surau atau terus kepada Tn.HJ Suhaimi selaku Pengerusi Bandanamal.

Jom pakat mai ramai-ramai makan kenduri nanti.