Sejak akhir-akhir ini kejadian ini telah dikesan kerap berlaku di kawasan perumahan TRM terutama diwaktu malam hari. Kejadian ini berlaku terutama terhadap kereta-kereta yang diletakkan di bahu jalan luar kawasan rumah.
Semalam 6 September, 2 buah kereta Perodua Myvi yang diletak dibahu jalan di Lorong putih 3/2 telah menjadi mangsa jenayah ini. Kejadian ini disedari oleh penduduk TRM yang melalui jalan tersebut untuk ke surau pada waktu subuh pagi tadi.
Sebagai langkah berjaga-jaga bagi mengelak kejadian buruk ini terus berlaku, langkah keselamatan perlu diperketatkan dan pastikan anda meninggalkan sebarang benda berharga semasa meninggalkan kenderaan tersebut walaupun hanya sebuah beg atau kotak kosong.
Adalah dicadangkan agar pemilik kereta menyelimut @ menutup penuh kereta tersebut dengan menggunakan "selimut kereta khas" bagi kereta yan terpaksa diletakkan di luar kawasan pagar rumah.
Apa-apa pun berhati-hatilah dengan harta benda anda dan sama-samalah kita melakukan apa yang terdaya dalam usaha mencegah kejadian jenayah ini dari terus berleluasa di kawasan perumahan kita yang selama ini aman damai.