Thursday, April 5, 2012

Makluman keselamatan untuk warga TRM

Sejak kebelakangan ini kejadian pecah masuk rumah dan kehilangan harta benda kerap berlaku di kawasan komuniti TRM ini. Malah harta benda awam juga turut menjadi mangsa kegilaan golongan terbiar ini.

Terbaru rumah saudara kita di lorong putih 3/1 telah dimasuki penceroboh pada waktu pagi sebelum masuk waktu subuh. Beberapa barangan berharga seperti barang kemas, laptop dan handphone telah telah berjaya diambil mereka.

Sekali lagi dinasihatkan agar langkah-langkah keselamatan perlu kita perketatkan terutama didalam kawasan rumah masing-masing. Pastikan pintu pagar dan pintu rumah sentiasa berkunci dan kalau perlu dan mampu, lengkaplah rumah anda dengan loceng kecemasan dan kamera cctv.

                                          jangan biarkan keadaan begini berlaku.

                                          besi penutup lubang ini juga menjadi mangsa
                                         Besi ini pun dikebasnya mereka.
                                         Bahaya ni! Ini pun mereka kebas !!!!!! geramnyaaa

Sama-samalah kita bekerjasama dalam menangani isu ini dan jangan biarkan orang yang tidak kita kenali berkeliaran tampa tujuan dalam komuniti perumahan kita.