Thursday, June 21, 2012

Israk Mikraj di TRM

Surau TRM 20 Jun 2012.
Sempena Israk Mikraj tahun ini, saru ceramah khas untuk warga TRM telah diadakan. Ust Abd Ghani Shamsudin 63 tahun adalah merupakan  orang kuat Kesatuan Ulamak di rantau Asia adalah bekas tenaga pengajar di UITM dan UM yang berasal dari Negeri Melaka.
Ust Mokhtar sedang memperkenalkan penceramah jemputan.
sebahagian dari warga TRM yang hazir khusyuk mendengar pesanan dan ingatan dari
Ust Abd.Ghani
Seperti biasa, majlis diakhiri dengan jamuan ringan hasil sumbangan ahli jemaah dan diharapkan majlis sebegini akan memberi manafaat kepada kita semua dan sama-samalah kita meneliti ingatan dan pesanan Ust Abd Ghani dalam siri ceramahnya iaitu:

"Jadilah diri kita sebenar-benar umat Islam yang benar-benar menurut perintah Allah serta meninggalkan larangnya dan beramal serta beribadahlah kita sebagaimana yang diajar dan disampaikan oleh Rasulullah saw. Insyaallah dengan berpandukan Al-Quran dan Sunnah Rasulullah kita  tidak akan menjadi hambanya yang sesat dan seterusnya tidak akan mati sebagai hambanya yg jahiliyyah ".

Saturday, June 2, 2012

Tong sampah hijau untuk warga TRM

Semalam 1 Jun 2012 warga TRM telah dibekalkan tong sampah hijau percuma oleh Syarikat Invironmrnt idaman.

Bermula 1 sept 2011 lalu setiap premis kediaman telah dibekalkan tong sampah berkapasiti 120 liter secara percuma.

Dimaklumkan sebanyak 50 ribu unit dijangka akan dibekalkan diseluruh Alor Setar dan Perlis secara berperingkat,

Harap-harap dengan adanya tong sampah baru ini akan membuatkan pekerja syarikat Invironment idaman lebih motivasi untuk mengutip sampah mengikut jadual yang ditetapkan. Tidak ada guna tong sampah baru kalau sampah dibiar berkulat dan berbau sehingga beberapa hari kerana kegagalan pihak syarikat menjalankan tanggungjawab mengutipnya.