SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA buat semua warga TRM. Insyaallah esok Jumaat 26 Oktober 2012 bersamaan 10 Zulhijah 1433, solat sunat hariraya akan diadakan di Surau TRM pada jam 0830 pagi .
Selepas solat hari raya, Insyaallah dua ekor lembu akan disembelih sebagai ibadah Qurban diperkarangan surau TRM. Semoga Allah menerima segala amalan kita dan sama-samalah kita mempertingkatkan amal soleh dan berbuat kebaikan dgn jalan Allah agar hidup kita diatas muka bumi ini diberkati dan mendapat rahmat dari Allah swt.
Selamat menyambut hariraya aidiladha dan mai pakat-pakat kita solat sunnat hariraya terlebih dulu dan selepas itu kita melakukan pulak ibadah Qurban dengan menyembelih binatang ternakan seperti unta,lembu dan biri-biri@kambing sebagai Qurban untuk diri kita dan keluarga. Insyaallah.
Dari YDP dan AJK Badanamal