Tuesday, November 20, 2012

Pembinaan Mesjid TRM

Alhamdulillah kerja-kerja awal pembinaan Mesjid untuk warga TRM dan sekitarnya sudah pun bermula. Satu majlis doa selamat telah diadakan baru-baru ini sebagai tanda syukur dan permulaan kerja-kerja pembangunan mesjid ini.

Tn.Hj.Ismail,  Imam mesjid Wadihana   menjelaskan bahawa semuanya Alhamdulillah telah selesai dan kita semua harus bersyukur kepada Allah swt diatas usaha ini dan atas kemurahan hati seorang Hamba Allah yang sudi untuk membiayai kos pembinaan mesjid ini yang dianggarkan akan menelan belanja sebanyak RM4juta.

Insyaallah kalau semuanya berjalan lancar dan diizinkan oleh Allah swt, kita semua mungkin akan dapat melihat dan menunaikan solat pertamanya di mesjid ini pada 2015 nanti.

Sama-samalah kita mendoakan kelancaran kerja-kerja pembinaannya kelak agar ianya dapat disiapkan sepertimana yang dikehendaki serta mengikut jadualnya, Insyaallah.