Monday, January 21, 2013

PROMOSI TERAPI ION UNTUK KEMBALIKAN KESEGARAN DAN KESIHATAN ANDA.


Hanya dengan merendamkan kaki anda kedalam air dengan kaedah ION selama 30 minit sahaja.

Nahhhhh lihatlah kesannya. Bebaskan tubuh badan anda dari RACUN dan TOKSIN. InsyaaAllah ini mungkin dapat membantu anda mengembalikan kesegaran dan kesihatan diri anda.

Ingin mencubanyanya. Hubungi dan kunjungi Pusat Terapi ION berhampiran kawasan anda iaiitu di Rumah Sdr Azizan/Rodziah di NO 256 atau hubungi talian 019-4452440 untuk mendapat keterangan lanjut.

Jom kita p cuba. Tak rugi mencubanya kerana benda yang baik dan baru ini kadang-kadang ada banyak manaafaatnya. Kalau nak tahu apa kesan dan kebaikannya jom kita p cuba dulu.


Monday, January 14, 2013

Maulidul Rasul TRM 1434H.

                                                                      gambar hiasan

                                                  TAZKIRAH MAULIDUL RASUL 1434H


Tuan/Puan sekelian Jemaah yang dihormati adalah dijemput hazir ke Majlis tersebut diatas yang akan diadakan  pada:
                                   TARIKH  :  17HB, JANUARI 2013 (KHAMIS) / 5 RABIULAWWAL 1434
                                    TEMPAT :  SURAU TRM. MERGONG
                                                         ALOR SETAR
                                    JAM         ;   SELEPAS SOLAT MAGHRIB

                         PENCERAMAH ;  YBHG. USTAZ AHMAD HJ.IBRAHIM
                                                          PENDAKWAH BEBAS.


Marilah sama-sama kita melapangkan masa untuk menghaziri majlis ilmu diatas bagi mendapat keberkatan dan rahmat Allah SAW. Semoga kita diberikan kekuatan dan iman dalam usaha kita menjalani kehidupan dunia yang semua kita tahu bahawa ianya hanya bersifat sementara. Wallaua'lam.
                                   

Tuesday, January 1, 2013

SELAMAT TAHUN BARU 2013

Selamat Tahun baru kepada semua warga TRM tak kira dimana anda berada dengan harapan semuanya selamat dan sejahtera semuanya.

Bersempena kedatangan 2013 ini, Badanamal TRM ingin mengucapkan ribuan terima kasih diatas segala sumbangan dan kerjasama semua Warga TRM terhadap segala aktiviti yang dianjurkan Badanamal TRM disepanjang tahun lalu.

Insya Allah atas kerjasama semua, kita berharap 2013 akan lebih bermakna dan banyak lagi aktiviti-aktiviti kemasyarakatan akan dapat dilaksanakan.

Akhir kata marilah sama-sama kita mengisi akan kehidupan kita yang ada didunia ini dengan mengerjakan amal solleh dan kebaikan yang akan memberi manafaat kepada diri kita sendiri, keluarga, Agama dan umatnya serta seluruh makhluk yang lain yang ada diatas muka bumi ini.

SELAMAT TAHUN BARU