Saturday, March 30, 2013

Perginya seorang Jemaah untuk kembali ke Rahmatullah

gambar kiri ialah  Allahyarham Shadat Ali M Ariffin
 
Seluruh Jawatankuasa Pertubuhan Amal Penduduk Islam TRM dan sekelian ahli merakamkan takziah kepada ahli keluarga Allahyarham. Kita mendoakan rohnya dirahmati Allah dan ditempatkan dikalangan mereka yang solihin InsyaaAllah.
 
Beliau telah meningal dunia pada 30 Mac 2013 di hospital Kangar kerana terlibat dalam kemalangan jalanraya dan selamat dikebumikan di tanah perkuburan kampong halaman beliau di Pulau Pinang.
 
Dari Allah kita datang dan kepada Allah jua kita kembali semoga seluruh keluarga Allahyarham bersabar dan diberikan kebaikan dan diberi perlindungan oleh Allah SWT .
 
daripada
 
Pengerusi dan Jawatankuasa
Pertubuhan Amal Penduduk Islam
Taman Rakyat Mergong
 

 
 
 

Friday, March 29, 2013

AGM Ke-5 Pertubuhan Amal penduduk Islam TRM

Semalam 28 Mac 2013 berlangsung majlis mesyuarat agung tahunan ke-5 Pertubuhan Amal penduduk Islam Taman Rakyat Mergong dengan jayanya.

Seramai 100 ahli telah hazir dan menyuarat yang di pengerusikan oleh tn Hj. Md. Suhaimi Aziz berjalan lancar dan banyak pandangan dan cadangan baru telah diutarakan oleh ahli untuk diambil tindakan oleh barisan jawatankuasa pentadbir.

Inilah adalah beberapa koleksi gambar yang dirakamkan semasa menyuarat tersebut berlangsung.
                                          kena daftar jugak kehazirannya Tn Hj......
                                          Tn,Hj,Suhaimi sedang mempengerusikan mensyaurat
Ok Akaun beres dan clear nampak, baki dibank pun banyak tuuuu
Haiii bila laaa nak habis nie...gulai itek dan kambing sejuklaaa nnt
Cikgu shafie dok tanya apatu ?
Makan time......masak merah itek dan kurma kambing maaaaa
aaiik ahli bawah umur pun ada kaaaaaaaa....
 
Apa-apa pun tahniah dan penghargaan kepada barisan kepimpinan Pertubuhan ini yang berjaya mengadakan mensyuarat agung tahunannya tepat pada waktu seperti yang ditetapkan oleh SSM.
 
Semoga banyak lagi aktiviti bermanafaat dapat dijalankan untuk kebaikan ahli serta warga TRM .
 
 
 
 

Monday, March 25, 2013

Tambahan kemudahan di Komplek Surau TRM

Alhamdulillah baru-baru ini Badanamal TRM mendapat sedikit peruntukan dari Kerajaan untuk membiayai pembelian beberapa kemudahan untuk kegunaan warga TRM terutama Jemaah Suraunya.

Ini adalah sebahagian dari beberapa kemudahan baru yang disediakan di komplek Surau TRM.




Semoga semua ini akan memberi manafaat dan dapat memakmurkan lagi penggunaan komplek ini untuk perbagai aktiviti kemasyarakatan warga TRM.

InsyaaAllah Pentadbir Badanamal TRM akan cuba sebaik mungkin untuk melaksana perbagai kegiatan dan merancang beberapa aktiviti untuk kebaikan dan kemudahan warga TRM.

Jom sama-sama kita bersatu dan memakmurkan komiditi TRM untuk kebaikan dunia dan akhirat.