 |
Dato Hj.Fadhil Awang |
Dato Fadhil Awang mengajak semua masyarakat TRM agar bersyukur keHadrat Allah SWT yang menganugerahkan iman dan Islam kepada kita semua.
Beliau menyeru demikian dalam ceramahnya semepena Bulan Maulidur Rasul di Surau TRM pada 12 Januari 2015 semalam.
"Kita selaku umat Islam sepatutnya merasa bangga dan bertuah kerana terpilih sebagai Hamba Allah dan pengikut kepada Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW."
Semua umat Islam di dunia ini katanya lagi adalah sebenarnya DUTA kepada Kerajaan Langit dan Bumi milik Allah. Selaku Duta, sudah barang tentu kita semua perlu mempunyai akhlak yang mulia dan terbaik serta sesempurnanya bagi menunjukkan kepada umum terutama mereka yang bukan Islam bahawa Islam Agama Allah itu begitu sempurna dan indah.
Akhirnya beliau berharap semua kita akan dapat meningkatkan lagi iman dan ibadah dalam mentaati segala perintah Allah dan mengikut cara sunnah Nabi Besar Muhammad SAW.
InsyaAllah hanya dengan ini baru kehidupan kita semua akan beroleh kejayaan, keselamaatan, keamanan, keberkatan dan segala kebaikan anugerah Allah SWT.
Ingatlah, kejayaan seluruh manusia dunia dan akhirat sebenarnya hanyalah dalam agama. Wallahua'lam