Wednesday, April 6, 2011

Kes pecah rumah di TRM


Semalam rumah salah seorang jiran kita di TRM diberitakan telah dimasuki penceroboh. Rumah yang diduduki oleh pelajar-pelajar Insaniah Alor setar ini dikatakan telah dimasuki penceroboh semasa mereka semua berada dan sedang tidur didalam rumah berkenaan.

Beberapa barang berharga seperti laptop dan beberapa barang lain telah didapti hilang setelah mereka sedar dari tidur pada pagi harinya.

Nasihat kepada semua warga TRM agar berhati-hatilah dengan keadaan rumah anda. Periksa terlebih dahulu akan keadaan pintu dan tingkap rumah anda sebelum anda tidur atau meninggalkan rumah anda. Pastikan ia berada dalam keadaan terkunci dan amalkan hidup berjiran dengan saling bantu membantu dan saling bekerjasam dalam apa jua urusan.

Dan akhirnya marilah kita semua berdoa agar hidup kita semua dilindungi oleh Allah swt serta diberkatiNya keatas harta dan kita.

No comments:

Post a Comment