Terbaru: 6 unit penyaman udara baru telah siap dipasang di Surau TRM untuk keselesaan jemaah bersolat dan menghaziri pelbagai aktiviti yang bakal diadakan.
Kerja-kerja pengubahsuaian juga telah siap sepenuhnya dan kini Surau ini boleh menampong hingga 300 orang jemaah. Terima kasih kepada pehak Kerajaan Negeri yang meluluskan sejumlah peruntukkan yang agak besar juga untuk semua perbelanjaan tersebut.
Semoga warga TRM akan mendapat faedah daripadanya dan dapat melipatgandakan lagi kegiatan-kegiatan kebajikan serta keagamaan dikalangan warga TRM dimasa-masa depan.
No comments:
Post a Comment