Thursday, December 15, 2011

Silaturrahim Asyura 1433


Hari ini 16 desember bersamaan 20 Muharam 1433, Badan Amal warga TRM mengadakangotong royong menyediakan bubur asyura. Majlis ini Alhamdulillah terjadi berkat  usaha Jawatankuasabadan amal dan sumbangan derma dari warga TRM dan penderma-penderma yang budiman.


Semua warga TRM dijemput hazir untuk bersama-sama bergotong royong menyediakan bubur asyura ini
termasuk semua suri rumah dan anak-anak semua.

Insyaallah berat sama dipikul dan ringan sama dijinjing. Semoga majlis ini akan dapat mengeratkan lagi
perkenalan dan tali persaudaraan sesama kita yang ementap di Kawasan Perumahan TRM ini.

Jom kita pakat pi ramai-ramai kacau buboq asyura.

Saturday, December 10, 2011

Gerhana Bulan

Seluruh penduduk Malaysia telah menyaksikan kebesaran dan kekuasaan Allah swt pada 10 Desember 2011 jam 845malam iaiatu gerhana Bulan.
Rasulullah saw bersabda :
ERTINYA,

"BAHAWASANYA MATAHARI DAN BULAN ITU MENJADI TANDA DARIPADA TANDA-TANDA KEKUASAAN ALLAH, ALLAH MENAKUTKAN HAMBA-HAMBANYA DENGAN PERUBAHAN MATAHARI DAN BULAN. BAHAWASANYA MATAHARI DAN BULAN ITU TIDAK BERLAKU GERHANA KEDUA-DUANYA DISEBABKAN MATI SESEORANG DARI KALANGAN MANUSIA, MAKA APABILA KAMU MELIHAT BERLAKUNYA SESUATU (GERHANA MATAHARI DAN BULAN) MAKA SEMBAHYANGLAH KAMU (SEMBAHYANG SUNAT GERHANA) DAN BERDOALAH KEPADA ALLAH SEHINGGA CAHAYA MATAHARI ATAU BULAN KELIHATAN SEMULA BAGI KAMU." (H.R. Muslim)



Ini adalah gambar keadaan bulan yang diambil pada jam 9.45 malam iaitu setelah jemaah surau TRM selesai mengadakan solat sunat Gerhana Bulan yang diimamkan oleh Ust.Ayub.




Yg.Bhg.Dato' Fadzil dalam khutbah selepas solat sunat tersebut telah menyatakan bahawa kejadian Gerhana Bulan ini adalah merupakan peringatan Allah kepada kita selaku makhlukNya tentang kekuasaan dan kebesaran Allah agar kita selalu bertaubat dan mengerjakan segala perintah Allah dan meninggalkan segala laranganNya.
Sempena kejadian Gerhana Bulan ini, beliau mengajak kita semua agar mengambil kesempatan untuk banyak-banyak beristifar yakni memohon keampunan kepada Allah swt serta berdoa kepada Allah swt agar diberkati dan mendapat rahmat dariNya.