Seluruh penduduk Malaysia telah menyaksikan kebesaran dan kekuasaan Allah swt pada 10 Desember 2011 jam 845malam iaiatu gerhana Bulan.
Ini adalah gambar keadaan bulan yang diambil pada jam 9.45 malam iaitu setelah jemaah surau TRM selesai mengadakan solat sunat Gerhana Bulan yang diimamkan oleh Ust.Ayub.
Yg.Bhg.Dato' Fadzil dalam khutbah selepas solat sunat tersebut telah menyatakan bahawa kejadian Gerhana Bulan ini adalah merupakan peringatan Allah kepada kita selaku makhlukNya tentang kekuasaan dan kebesaran Allah agar kita selalu bertaubat dan mengerjakan segala perintah Allah dan meninggalkan segala laranganNya.
Sempena kejadian Gerhana Bulan ini, beliau mengajak kita semua agar mengambil kesempatan untuk banyak-banyak beristifar yakni memohon keampunan kepada Allah swt serta berdoa kepada Allah swt agar diberkati dan mendapat rahmat dariNya.
No comments:
Post a Comment