Friday, November 4, 2011

Persiapan sambut Aidiladha

Esok Ahad 6 November semua rakyat Malaysia akan menyambut Hari Raya Aidiladha. Hari ini semua orang sibuk membuat persiapan menyambutnya.

Warga TRM juga tidak ketinggalan turut merasa bahang kemeriahan sambutan Hari Raya ini dengan mengadakan majlis gotong royong membersikan surau dan kawasan sekitarnya.

Ini ada beberapa keping gambar yang sempat dirakamkan dimajlis berkenaan yang diadakan pada pagi Sabtu 5 November.

Seperti biasa selepas bergotong royong, hidangan tetap ada. Jom kita pekena pulut dengan ikan kering dulu.
Insyaallah solat sunat hari raya akan diadakan esok pada jam 8.30pagi dan YDP Badanamal Tn.HJ.Suhaimi Abd.Aziz serta barisan AJK mengucapkan Selamat Hari Raya dan selamat mengerjakan ibadah Qurban kepada yang berkenaan dengan doa semoga Allah menerima akan segala amalan kita.








No comments:

Post a Comment