Sunday, June 30, 2013

Pulut durian untuk Jemaah Surau TRM

Sempena musim buah-buahan  yang sedang menjadi ketika ini, salah seorang sahabat kita Sdr Azmi Jaapar telah sudi mengadakan jamuan pulut dan durian untuk jemaah surau TRM sebentar tadi.
                               Tuan Hj Ismail Imam mesjid wadihana juga turut meminati durian
 Ustaz Ayob juga merupakan peminat no 1 durian dan mempunyai  petua  yang tersendiri untuk menghilangkan rasa panas akibat makan Raja Buah ini secara berlebihan.
Akhirnya Tuan HJ Suhaimi mewakili semua AJK Badanamal  malam ini melahirkan penghargaan dan terima kasih kepada Sdr Azmi Jaapar atas kesudian beliau meraikan jemaah surau dan mendoakan agar Allah memberi rahmat dan berkat keatas rezeki yang Allah kurniakan kepadanya. Amin.



Saturday, June 29, 2013

Program Ihya Ramadhan 1434 di TRM

Sibuk kini AJK Badanamal TRM bersiapsiaga menyambut kedatangan Ramadhan 1434 yang akan tiba dalam masa terdekat ini. Berbagai usaha termasuk membersih kawasan surau dan mempastikan ruang solat sunnat terawih yang selesa kepada warga TRM sedang giat dijalankan.

Malam ini 29 Jun selepas solat magrib, program ceramah mengenai kepentingan dan kelebihan Ramadhan telah Berjaya dianjurkan. Ustaz Roslan Che Ros penceramah yang popular dikalangan  penduduk kawasan utara tanahair telah diundang menjayakan ceramah Ihya Ramadhan di Surau TRM.

Semoga Ramadhan 1434 tahun ini akan memberi kita semua peluang terbaik untuk mendekatkan diri kita dengan Allah SWT agar hidup kita akan memperolehi rahmat dan hidayahnya kelak Insyaa Allah.

Jom kita semua berazam dan berniat untuk memperbanyakan amal ibadat kita kepada Allah agar iman kita dapat ditingkatkan.

Monday, June 24, 2013

Alhamdulillah kerja pembinaannya sedang rancak tuuuuu.....

                                        Mesjid di TRM yang sedang rancak kerja pembinaannya.

Alhamdulillah, untuk makluman semua inilah gambar terbaru kemajuan kerja pembinaan mesjid baru yang sedang dalam kerja pembinaannya. InsyaaAllah harap-harap pada  2014 nanti boleh agaknya kita semua dalam kariah ini bersolat sunat hari raya aidilfitri.

Sama-samalah kita berdoa agar semua urusan kerja pembinaan mesjid  ini dapat berjalan lancar dan seperti yang dirancangkan. Jom kita semua bangga dan sayangi TRM.

Thursday, June 20, 2013

TRM kini ada Unit Keselamatan Badanamal

Bertemakan "Warga TRM inginkan kehidupan yang harmoni, aman, damai dan sejahtera", Jawatankuasa Badanamal TRM telah melancarkan Unit Keselamatannya sendiri bertujuan menjalankan rondaan sekitar kawasan perumahan secara sukarela oleh sukarelawan yang terdiri dari ahli dan anak-anak ahlinya.

Majlis ringkas pelancaran Unit Keselamatan Badanamal ini telah disempurnakan secara resmi oleh  Pengerusi Pertubuhan Amal penduduk Islam TRM Fasa1&2 Tn.Hj.Suhaimi sebentar tadi di Surau TRM.

                              Hj.Suhaimi Abd.Aziz sedang menyarungkan Jaket Unit Keselamatan
               Badanamal TRM kepada Zahir  PakED Ketua Sukarelawan Unit Keselamatan.

                               Antara Sukarelawan Unit keselamatan Badanamal TRM





Penubuhan Unit ini adalah atas permintaan dan kehendak ahli serta warga TRM agar ianya dapat sedikit sebanyak membendung kegiatan jenayah serta menyahut seruan kerajaan agar penduduk setempat turut melibatkan diri dalam usaha membenteras jenayah.

Usaha ini juga dirasakan dapat melibatkan kerjasama ahli dan serta mengiratkan lagi silaturrahim sesama warga TRM dan menarik penglibatan gulungan generasi kedua khususnya gulungan muda dalam aktiviti sukarelawan  dan kemasyarakatan.

Jom kita sokong usaha baik dan bermanafaat ini untuk kebaikan  seluruh Warga TRM.