Sibuk kini AJK Badanamal TRM bersiapsiaga menyambut kedatangan Ramadhan 1434 yang akan tiba dalam masa terdekat ini. Berbagai usaha termasuk membersih kawasan surau dan mempastikan ruang solat sunnat terawih yang selesa kepada warga TRM sedang giat dijalankan.
Malam ini 29 Jun selepas solat magrib, program ceramah mengenai kepentingan dan kelebihan Ramadhan telah Berjaya dianjurkan. Ustaz Roslan Che Ros penceramah yang popular dikalangan penduduk kawasan utara tanahair telah diundang menjayakan ceramah Ihya Ramadhan di Surau TRM.
Semoga Ramadhan 1434 tahun ini akan memberi kita semua peluang terbaik untuk mendekatkan diri kita dengan Allah SWT agar hidup kita akan memperolehi rahmat dan hidayahnya kelak Insyaa Allah.
Jom kita semua berazam dan berniat untuk memperbanyakan amal ibadat kita kepada Allah agar iman kita dapat ditingkatkan.
No comments:
Post a Comment