Thursday, August 1, 2013

Malam Qadar di TRM

Sempena minggu akhir Ramadhan ini, jemaah surau yang diketuai oleh Imam Ustaz Mokhtar telah menjayakan program mengimarahkan Malam Qadar semalam 1O hb.Ogos 2013.

Selesai majlis Tadarus Quran yang diadakan setiap malam selepas solat terawih, Ustaz Mokhtar telah mengimamkan Solat Tasbih untuk jemaah TRM yang bermula jam 1215 pagi.

Kelihatan dalam gambar Ustaz Mokhtar sedang menerangkan cara-cara Solat Tasbih yang akan diucapkan tasbih sebanyak 300 kali dalam empat rakaat solatnya kepada para jemaah sebelum solat bermula.

Solat sunat Tasbih ini telah diajarkan oleh Rasulullah SAW kepada Saidina Abbas bin Muthalib. Rasulullah SAW bersabda : "Jika kamu mampu solat tasbih setiap hari, maka lakukanlah. Jika tidak mampu, maka lakukanlah setiap Jumaat atau sebukan sekali atau setahun sekali atau seumur hidup sekali." (HR Abu Daud dan Ibnu Majah).


                                        Jemaah sedang berdoa setelah selesai Solat Tasbih

"Maha Suci Allah dan segala pujian bagi Allah, dan tiada Tuhan melainkan Allah, dan Allah Maha Besar, Dan tiada daya dan upaya melainkan dengan kekuatan Allah yang Maha Tinggi lagi Maha Agung."

 Solat Tasbih ini dikatakan dapat membuka pintu keampunan Allah SWT di atas segala dosa, dari awal hingga akhir, lama ataupun baru, disengaja atau tidak, kecil ataupun besar, nampak ataupun tersembunyi. InsyaaAllah. Semoga Allah menerima amalan kita. Wallahua'lam.

No comments:

Post a Comment