Ustaz Abdullah Khairi penceramah bebas yang kini hot di pasaran akan berceramah di Taman Rakyat Mergong, Alor Setar pada Khamis 16 Januari 2014 ini. Beliau dijangka akan memeriahkan lagi Majlis Sambutan Maulidur Rasul anjuran Pertubuhan Amal Penduduk Islam TRM yang akan diadakan selepas solat magrib di Surau TRM.
Sayangi dan ikutlah segala amalan serta cara hidup ajaran Rasulullah SAW agar kita berada di landasan Islam yang sebenar-benarnya serta mendapat keberkatan dan rahmat dari Allah SWT dalam kehidupan kita dunia dan akhirat.
Untuk tujuan itu, dijemput tuan-puan sekelian muslimin dan muslimat kemajlis berkenaan semoga n anti sama-sama kita memperolehi manafaat darinya kelak. InsyaAllah.
Jom kita ramai-ramai meraikannya, kerana sesungguhnya melakukan sesuatu untuk jalan Allah itu besar pahalanya seperti kata hadith ini:
Hazrat Suhail RA berkata bahawa ia mendengar Rasulullah SAW bersabda " Berdirinya salah seorang dari kalian sesaat dijalan Allah SWT. adalah lebih baik daripada segala amalan kebaikan yang dilakukan sepanjang hayat dikeluarganya ( rumahnya )" (HR Tirmizi)