Langkah pihak Pentadbiran Badanamal mengadakan program Kuliah Dhuha buat pertama kalinya pada Sabtu 25 januari lepas ternyata mendapat sambutan warga TRM. Kebiasannya majlis Ilmu diadakan pada setiap malam selepas solah Magrib manakala pendekatan baru dengan mengadakan program pada pagi sabtu ini membuka lebih ruang kepada warga TRM untuk menyertainya.
 |
jualan produk Islam dan kesihatan juga dianjurkan sempena program ini |
 |
minum pagi bersama menyerikan program kuliah dhuha |
 |
Kuliah hadith bersama Ustaz pilihan |
 |
Program setiap sabtu mingu keempat setiap bulan disertai segenap lapisan,lelaki wanita dan remaja. |
|
|
|
Insya'Allah penganjur akan memastikan program ini akan akan diadakan pada pada hari sabtu minggu keempat setiap bulan bermula jam 800 pagi hingga 1100 pagi. Program bermula dengan solat sunnat dhuha dan kuliah hadith bersama Ustaz pilihan disurau TRM.
Penganjur juga mengalu-alukan kepada penderma dan penaja yang ingin menyumbangkan sumber kewangan atau makanan dalam menjayakan program ini. Kepada yang berminat untuk menjalankan perniagaan sempena progran ini di perkarangan surau TR juga dialu-alukan.
Sebarang keterangan lanjut bolehlah diperolehi dari Pengerusi dan AJK Badanamal TRM.
No comments:
Post a Comment