Friday, February 28, 2014

Warga TRM bersama Imam Muda Azhar Astro Awani

Surau TRM Jumaat semalam telah berjaya membawa pendakwah yang mengukir nama melalui program Imam Muda TV, Ustaz Azhar.

Ustaz Azhar finalis Imam Muda pertama Astro Oaisis telah dijemput untuk bersolat subuh Jemaah dan seterusnya memberi kuliah subuh kepada Jemaah surau TRM.
 
Alhamdulillah sambutan dari warga TRM amat menggalakan dan InsyaAllah program-program ilmu begini dijangka akan menjadi agenda utama pentadbiran Pertubuhan Amal Penduduk Islam TRM masa kini dan masa-masa akan datang.

Pengerusi Badanamal TRM Hj.Suhaimi mengucapkan penghargaan dan terima kasih kepada Jawatankuasa Penganjur program ini dan berharap semua peringkat warga TRM akan menyokong menjayakan program ini dengan harapan mendapat berkat dan rahmat Allah swt.

Jom kita paka-pakat p mengaji di Surau TRM agar kehidupan kita menjadi lebih bemakna dan mendapat keberkatan dunia dan akhirat, amin.


Friday, February 21, 2014

Status perkembangan pembinaan mesjid TRM

                               
Alhamdulillah, ini gambar terbaru Mesjid TRM yang sedang rancak dalam pembinaannya. Insyaallah sekiranya tiada apa-apa halangan, mesjid ini dijangka akan siap pada tarikh seperti yang ditetapkan.

Gambar ini diambil pada 22 Mac 2014 dan pekerja-pekerja dari syarikat pembinaan yang terbabit sedang giat bekerja bagi menentukan ianya siap mengikut jadual. 

Mesjid ini dijangka akan menjadi mercu satu lagi tanda pembangunan kawasan persekitaran TRM sekaligus menaikkan lagi nilai hartanah kawasan ini, Insyaallah.