Friday, February 28, 2014

Warga TRM bersama Imam Muda Azhar Astro Awani

Surau TRM Jumaat semalam telah berjaya membawa pendakwah yang mengukir nama melalui program Imam Muda TV, Ustaz Azhar.

Ustaz Azhar finalis Imam Muda pertama Astro Oaisis telah dijemput untuk bersolat subuh Jemaah dan seterusnya memberi kuliah subuh kepada Jemaah surau TRM.
 
Alhamdulillah sambutan dari warga TRM amat menggalakan dan InsyaAllah program-program ilmu begini dijangka akan menjadi agenda utama pentadbiran Pertubuhan Amal Penduduk Islam TRM masa kini dan masa-masa akan datang.

Pengerusi Badanamal TRM Hj.Suhaimi mengucapkan penghargaan dan terima kasih kepada Jawatankuasa Penganjur program ini dan berharap semua peringkat warga TRM akan menyokong menjayakan program ini dengan harapan mendapat berkat dan rahmat Allah swt.

Jom kita paka-pakat p mengaji di Surau TRM agar kehidupan kita menjadi lebih bemakna dan mendapat keberkatan dunia dan akhirat, amin.


No comments:

Post a Comment