Thursday, August 15, 2013

Tabung Ramadhan Surau TRM

                                                               Tabung Ramadhan 1434

Alhamdulillah dan jazakallahu Khoir diucapkan kepada semua penyumbang tabung ramadhan yang di kutip semasa solat terawih di Surau TRM sepanjang Ramadhan tahun ini.

Pengerusi Badanamal Tn Hj.Suhaimi Abd Aziz menggumumkan bahawa sejumlah RM2600 telah berjaya dikutip melalui tabung ini disepanjang Ramadhan tahun ini.Beliau mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua warga TRM yang menyalurkan derma kepada tabung ini sambil mendoakan agar mereka semua diberkati Allah keatas sega;la rezeki yang dikurniakan kepada mereka kelak. Insya'alLah.

Selain dari kutipan melalui tabung ini, beberapa sumbangan kewangan dari individu tertentu juga diterima serta tajaan majlis iftar yang diadakan untuk jemaah surau TRM disepanjang Ramadhan yang barakah ini.

Insya'alLah dengan sumbangan yang ada ini, beberapa aktiviti dan kegiatan agama dan kebajikan akan dapat diadakan selain dari dapat menampong perbelanjaan penyelenggaraan Surau TRM ini.

Kepada yang ingin menyumbang dan memberi segala bentuk bantuan bolehlah berhubung terus dengan Pengerusi Badanamal ata mana-mana AJK Badanamal ini untuk mendapat maklumat lanjut.

No comments:

Post a Comment