Tuesday, August 13, 2013

Walimatul Urus Shawal di TRM

Walaimatul Urus dibulan Shawal sememangnya masa terbaik untuk dianjurkan oleh kita sepertimana Nabi Muhammad saw dibeitakan  juga pernah melakukannya.

Pada hari raya ketiga baru-baru ini 10 ogos 2013, salah seorang warga TRM iaitu En.Md Taib Ali rumah no 369 lorong Putih 3 telah memulakan musim Walimatul Urus anak perempuannya Ummu Aiman 'Azyyati dengan pasangannya Muhd Anis Syafiq Baharudin.

Majlis akad nikah pasangan ini berlangsong di Surau TRM pada Jumaat 9 Ogos 2013 dan beberapa keping gambar sempat dirakamkan di dalam majlis itu.
                    Dan ini adalah gambar-gambar yg.dirakamkan pada hari kenduri 10 Ogos 2013

Ramai warga TRM yang sempat hazir pada majlis tersebut yang bermula dari jam 1130 pagi dengan majlis tahlil. Semua ada termasuk Tuan Imam, Pengerusi Badanamal dan AJK dan majlis berjalan lancar dengan perbagai hidangan tambahan seperti tea tarik dan cucur udang.

Semoga diberi kebaikan oleh Allah terhadap kedua pengantin dan selamat menjalani kehidupan baru berkeluarga Insyaa Allah.

No comments:

Post a Comment