Tabung Ramadhan 1434
Alhamdulillah dan jazakallahu Khoir diucapkan kepada semua penyumbang tabung ramadhan yang di kutip semasa solat terawih di Surau TRM sepanjang Ramadhan tahun ini.
Pengerusi Badanamal Tn Hj.Suhaimi Abd Aziz menggumumkan bahawa sejumlah RM2600 telah berjaya dikutip melalui tabung ini disepanjang Ramadhan tahun ini.Beliau mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua warga TRM yang menyalurkan derma kepada tabung ini sambil mendoakan agar mereka semua diberkati Allah keatas sega;la rezeki yang dikurniakan kepada mereka kelak. Insya'alLah.
Selain dari kutipan melalui tabung ini, beberapa sumbangan kewangan dari individu tertentu juga diterima serta tajaan majlis iftar yang diadakan untuk jemaah surau TRM disepanjang Ramadhan yang barakah ini.
Insya'alLah dengan sumbangan yang ada ini, beberapa aktiviti dan kegiatan agama dan kebajikan akan dapat diadakan selain dari dapat menampong perbelanjaan penyelenggaraan Surau TRM ini.
Kepada yang ingin menyumbang dan memberi segala bentuk bantuan bolehlah berhubung terus dengan Pengerusi Badanamal ata mana-mana AJK Badanamal ini untuk mendapat maklumat lanjut.
Thursday, August 15, 2013
Tuesday, August 13, 2013
Walimatul Urus Shawal di TRM
Walaimatul Urus dibulan Shawal sememangnya masa terbaik untuk dianjurkan oleh kita sepertimana Nabi Muhammad saw dibeitakan juga pernah melakukannya.
Pada hari raya ketiga baru-baru ini 10 ogos 2013, salah seorang warga TRM iaitu En.Md Taib Ali rumah no 369 lorong Putih 3 telah memulakan musim Walimatul Urus anak perempuannya Ummu Aiman 'Azyyati dengan pasangannya Muhd Anis Syafiq Baharudin.
Majlis akad nikah pasangan ini berlangsong di Surau TRM pada Jumaat 9 Ogos 2013 dan beberapa keping gambar sempat dirakamkan di dalam majlis itu.
Dan ini adalah gambar-gambar yg.dirakamkan pada hari kenduri 10 Ogos 2013
Ramai warga TRM yang sempat hazir pada majlis tersebut yang bermula dari jam 1130 pagi dengan majlis tahlil. Semua ada termasuk Tuan Imam, Pengerusi Badanamal dan AJK dan majlis berjalan lancar dengan perbagai hidangan tambahan seperti tea tarik dan cucur udang.
Semoga diberi kebaikan oleh Allah terhadap kedua pengantin dan selamat menjalani kehidupan baru berkeluarga Insyaa Allah.

Wednesday, August 7, 2013
Eidul Fitri di TRM
Selamat Hari Raya, semoga segala amalan kita disepanjang bulan Ramadhan lalu diterima Allah serta mendapat rahmatNya.
Ini cerita raya warga TRM pagi tadi 8 ogos 2014.
Suasana riang ria hari raya tergambar diwajah-wajah semua warga TRM yang berhimpun untuk solat sunnat hari raya eidul fitri . Surau hari ini dipenuhi warga TRM hingga terpaksa bersolat di kawasan luar surau yang bermula jam 9 pagi.
Seperti biasa selepas bersalam-salaman diantara satu sama lain, masing-masing sempat untuk menjamah hidangan hari raya yang disediakan oleh Badanamal serta warga TRM.
Jumpa lagi ditahun hadapan InsyaaAllah dan bergembiralah disamping keluarga sempena hari raya ini. Jom p raya.

Thursday, August 1, 2013
Malam Qadar di TRM
Sempena minggu akhir Ramadhan ini, jemaah surau yang diketuai oleh Imam Ustaz Mokhtar telah menjayakan program mengimarahkan Malam Qadar semalam 1O hb.Ogos 2013.
Selesai majlis Tadarus Quran yang diadakan setiap malam selepas solat terawih, Ustaz Mokhtar telah mengimamkan Solat Tasbih untuk jemaah TRM yang bermula jam 1215 pagi.
Kelihatan dalam gambar Ustaz Mokhtar sedang menerangkan cara-cara Solat Tasbih yang akan diucapkan tasbih sebanyak 300 kali dalam empat rakaat solatnya kepada para jemaah sebelum solat bermula.
Solat sunat Tasbih ini telah diajarkan oleh Rasulullah SAW kepada Saidina Abbas bin Muthalib. Rasulullah SAW bersabda : "Jika kamu mampu solat tasbih setiap hari, maka lakukanlah. Jika tidak mampu, maka lakukanlah setiap Jumaat atau sebukan sekali atau setahun sekali atau seumur hidup sekali." (HR Abu Daud dan Ibnu Majah).
Jemaah sedang berdoa setelah selesai Solat Tasbih
"Maha Suci Allah dan segala pujian bagi Allah, dan tiada Tuhan melainkan Allah, dan Allah Maha Besar, Dan tiada daya dan upaya melainkan dengan kekuatan Allah yang Maha Tinggi lagi Maha Agung."
Solat Tasbih ini dikatakan dapat membuka pintu keampunan Allah SWT di atas segala dosa, dari awal hingga akhir, lama ataupun baru, disengaja atau tidak, kecil ataupun besar, nampak ataupun tersembunyi. InsyaaAllah. Semoga Allah menerima amalan kita. Wallahua'lam.

Subscribe to:
Posts (Atom)